BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 26, 2010

Air Mata Rasulullah saw

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah  yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian  ia kembali menemani ayahnya yang  ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,  “Siapakah  itu wahai anakku?”  “Tak  tahulah ayahku, orang  sepertinya baru sekali  ini aku melihatnya,” tutur Fatimah  lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya  itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya  itu hendak dikenang.  “Ketahuilah, dialah  yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan  ledakkan  tangisnya. Malaikat maut datang  menghampiri,  tapi  Rasulullah  menanyakan  kenapa  Jibril  tidak  ikut  sama menyertainya.
 
Kemudian dipanggilah  Jibril yang  sebelumnya  sudah bersiap di atas  langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia  ini.  “Jibril,  jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat  lemah.  “Pintu-pintu  langit  telah  terbuka, para malaikat  telah menanti  ruhmu. Semua syurga terbuka  lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi  itu  ternyata  tidak membuatkan Rasulullah  lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau  tidak  senang  mendengar  khabar  ini?” Tanya  Jibril  lagi.  “Khabarkan  kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”  “Jangan khawatir , wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ”Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata  Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh  tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat  lehernya menegang.  “Jibril, betapa  sakit  sakaratul maut  ini.”

Perlahan  Rasulullah  mengaduh.  Fatimah  terpejam,  Ali yang  di  sampingnya  menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu  Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu  itu. “Siapakah yang  sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata  Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena  sakit  yang  tidak  tertahankan  lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya  sudah  tidak bergerak  lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis  shalati, wa maa malakat aimanukum  – peliharalah  shalat dan peliharalah orang-orang  lemah di antaramu.” Diluar  pintu  tangis  mulai  terdengar  bersahutan,  sahabat  saling  berpelukan.  Fatimah menutupkan  tangan  di  wajahnya,  dan  Ali  kembali  mendekatkan  telinganya  ke  bibir Rasulullah  yang mulai kebiruan.  “Ummatii, ummatii, ummatiii?”“Umatku, umatku, umatku”  

Dan, berakhirlah  hidup manusia mulia  yang memberi  sinaran  itu. Kini, mampukah  kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik alaaa wa salim ‘alaihi. Betapa  cintanya Rasulullah kepada kita.

Khabarkan kepada sahabat-sahabat muslim  lainnya agar  timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,  seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena  sesungguhnya  selain daripada  itu hanyalah  fana belaka. Amin…  Jangan gelisah apabila  dibenci  manusia  karena,  masih  banyak  yang  menyayangimu  di  dunia.  Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah, karena  tiada  lagi  yang mengasihmu diakhirat. Wallahua’lam

Sabda Rasulullah saw Akhir Zaman ...

Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah saw menceritakan hal akhir zaman ini. 

Rasulullah saw memang benar , sentiasa benar , tidak ada yang tidak benar , melainkan benar belaka....!

1.Rasulullah saw bersabda mafhumnya : 

Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan. Betul tak ?  Benar kata Rasulullah saw .

2. Rasulullah saw bersabda lagi mafhumnya :

Pada akhir zaman nanti ada padang pasir yang akan disuburkan  dan tanam dengan tanaman. Benar atau tidak ? Benar kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanaman.

3. Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya : 

Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah saw ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4. Rasulullah saw bersabda lagi mafhumnya :

Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan pada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq itu ialah Amerika dan Eropah. Semua ini telah berlaku. Kemudian lihat pula apa kata Rasulullah saw  seterusnya..

5. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya :

Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad ( Euprathes ) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang  hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak  ( harta di Sungai Furad ) . Percayalah seandainya Amerika dan gengnya  menyerang Iraq , Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan , Syria , Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zeonis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euprates.

6. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya :

Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq ( Amerika dan Eropah ) dan kamu akan berperang di Dabiq ( satu kawasan dekat Damshik ) . Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan  menolong Israel. Maka berlaku peperangan besar- ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar ( Amerika , Eropah , Israel ). Ini peperangan yang besar dalam sejarah  jagat manusia. Apa kata Rasulullah saw mengenai hal ini. Satu pertiga Umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga akan  musnah, satu pertiga lagi menang!


7. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya :

Sebahagian umat Islam akan bangun  berperang, mereka tidak
takut mati. Mereka semuanya hancur.Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari ke-empat, bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur, hanya sedikit yang mengecapi kemenangan.Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya " Kamu akan menghancurkan Yahudi sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

 Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.
Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..
  

Wednesday, November 24, 2010

Ya Rasulullah saw....

 

Tangisan Rasulullah menggegarkan

Tangisan Rasulullah menggegarkan

Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

'Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!'

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!' Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: 'Ya Karim! Ya
Karim!' Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya'Ya Karim! Ya Karim!' Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.'

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum, lalu bertanya: 'Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?' 'Belum,'
jawab orang itu. 'Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?'

'Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya,' kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!' Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

'Tuan ini Nabi Muhammad?!' 'Ya' jawab Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Melihat hal itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

'Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.'

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit diaberkata: 'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: 'Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!' Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

'Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!'
kata orang Arab badwi itu. 'Apakah yang akan engkau perhitungkan denganTuhan?' Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, 'jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga 'Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!' Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. '

Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... '

Tuesday, November 23, 2010

Tangani Stress Secara Islam.....

Kaedah tangani stress....

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.

Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

insan yg bergelar ibu...

Panggillah dengan apa pun gelaran...mama, ibu,mak,ummi...dan sebagainya...
tanpa dia siapa la kita di dunia ini...untuk diriku sendiri aku memanggil beliau ummi..

ummi...kehadiranmu menyinari seluruh keluarga ...kehilanganmu terasa kosong dan gelap dunia...
ummi...terlalu banyak dosa yg aku lakukan..x kira luaran atau dalaman...ummi tetap memaafkan aku..krn aku anak ummi...

sedarkah aku tentang pengorbanan mu..ummi...aku tahu ummi penat melayan kerenah kami 7 beradik...tapi jiwamu tetap sabar dan teguh...

ummi...aku x tahu apakah rahsiamu tentang betapa tingginya sabarmu mengatasi sabarku sendiri...ingin aku menjadi anak yang solehah...mudah-mudahan..insyaallah..
cerita yang ingin aku sampaikan adalah..semasa aku ditingkatan 6..aku telah menghadiri satu kem pengawas...banyak yang aku belajar dari situ..
yang paling aku tidak dapat lupakan adalah..semasa ceramah yang bertajuk Sayangi Ibu Bapa...

Pada malam itu..semua ceria , gelak2,namun apabila semua lampu dipadamkan..bermulalah ceramah itu..seiring lagu berkaitan ibu bapa...hatiku mula sebak dan menangis kerana tatkala ustaz meminta kami membayangkan kain kapan untuk ibu bapa kami...kami tersentak...dan menangis...

Selesai ceramah itu...ustaz meminta kami yang masih mempunyai ibu bapa cepat2 la memohon ampun dan maaf kpd org tua masing2...
hati aku tergerak untuk melakukannye...
petang di kem kami mula berkemas dan berangkat pulang...

Ya Allah.., hati ku berasa x sabar2 nak mengucup dahi dan mencium pipi ummiku yg kian dimamah usia...dan bermacam2 lagi yang bermain dikotak fikiranku...
sebaik sahaja kaki mencecah bumi...terus aku berjalan dengan tergesa2...mencari dimana ummiku yg aku kasihi itu...
langkahku kemas tapi pada masa yg sama hati aku berdegup kencang...
sampai dimuka pintu...aku terus berlari mendapatkan ummi..yg ketika itu baru shj ummi selesai solat asar kalau x silap...
selesai ummi berdoa..terus aku mengucup tangan beliau...sambil meminta ampun dan maaf atas segala dosa yg aku lakukan...bergenang air mata ku...aku menangis...ummi pun turut sebak dan sedih..
ummi memaafkan segala kesalahan ku...

Ya Allah kiranya dpt aku membalas segala jasa dan pengorbanan ummiku...akan ku gadaikan segalanya...hatta nyawaku dicabut...
itu lah pengalaman yg x boleh aku lupakan...
bg kamu yg masih ada ibu bapa cepat2 la memohon ampun dan maaf..
jika terlambat...menyesal kamu seumur hidup...

alhamdulillah...cerita ini bertujuan untuk anak2 yg masih lg belum insaf...oleh itu marilah kita bersama2 mencari kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...yg buruk dari sy sendiri..yg baik dari ALLAH SWT...AMIN....

Tuesday, November 09, 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam