BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

ciri-ciri peribadi muslim..

1. Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan.

9. Berkenal-kenallah dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang apa cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan faedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Thursday, May 19, 2011

KENAPA AKU DIUJI??? .....

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Wednesday, May 18, 2011

Ummi..Abah....

Ummi..abah... itulah permulaan aku lahir ke bumi ALLAH ini... cuba kau renung kembali dan kau tutup mata..berfikir sejenak.. jasa pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita...tidak mampu aku balas..

Bila ku renung wajah abah..wajah ummi...kadang mengalir air mata menahan sebak... sungguh aku bukan anak yang sempurna akhlak..namun aku akan cuba buat yang terbaik untuk mereka..

Walau sibuk macam mana pun dalam urusan pekerjaanku.. aku tetap merindui mereka... Entah mengapa sukar untuk aku ungkapkan kasih dan sayangku pada mereka .. Mungkin kerana terlalu sayang sampai tidak terkatalah...

Ku ingat pesanan abahku " hidup ini jangan suka berhutang, sebab amalan kita akan tergantung...dan juga hutang sama dengan kekufuran"..

Ku ingat pesanan ummiku " tempuhilah hidup ini sama ada suka atau tidak kerana kau tetap akan menghadapinya, hidup ini tidak boleh lari kerana pengalaman mengajar erti kehidupan'

Tiap kali ku ingin berangkat pergi kerja, akan ku salam dan kucup pipi Ummi sambil memohon ampun...kerana aku takut tidak dapat berjumpa lagi dengan Ummi...

Abah, wajahmu kian dimamah usia, penah lelah mencari rezeki, melawan segala arus kehidupan untuk kami adik beradik. Paling aku kagumi sifatmu ialah kau sangat bekerja keras( rajin) walaupun ada juga orang yang tidak senang dengan mu..Aku pantang betul, bila ada saja orang yang tidak senang dengan kesenangan kami...Biarlah ALLAH lebih tahu..

Ummi, wajahmu yang berseri dengan wudhu' sering terbayang dalam mindaku, tidak pernah kau mengeluh tentang kepayahan yang kau alami. Kau banyak bersabar. Aku tidak tahu dari mana datangnya tinggi kesabaranmu itu..ALLAH saja yang MAHA MENGETAHUI.... Pernah kita berborak sampai jam 4.00 pagi sampai abah cakap sudah2 la tu..penat nanti malaikat nak catit.. Hahahhahah ..berderai Ummi dan aku ketawa... Pernah juga aku menangis didepan Ummi kerana tidak tahan dengan gelombang hidup..namun Ummilah yang sentiasa disisi aku..memberi aku kata-kata motivasi...

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana kehidupan aku kelak tanpa mereka......

Siapakah yang dapat mendengar keluhan aku...?
Siapakah yang dapat memberi kata-kata semangat pada aku..?
Siapa??? Siapa???
UMMI..ABAH... itulah insan yang paling mulia dalam hidupku...........

Tapi..(T___T)... solehah aku?? Aku tidak mampu tapi aku boleh berdoa untuk mereka.. Insyaallah aku akan jadi anak solehah... Aku tidak mahu dikatakan anak yang tidak mengenang budi..

Ummi..Abah....aku amat menyayangi kamu...............

Monday, May 09, 2011

Saidina Muhammad saw.... yg ku rindui....

Muhammad Tajuddin Al-Jawiy
سلام سلام كمسك الختام

سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ
Salam dan salam sebagai penutup yang baik

...عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia

ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku

وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku

فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci

وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia

أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku

أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu

فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram

إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka

ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku

وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku

إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi

ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu

يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang

ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta

لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing

ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku

وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu

بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya