Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Friday, November 26, 2010
Air Mata Rasulullah saw
Posted by ain musrah 0 comments
Sabda Rasulullah saw Akhir Zaman ...
Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah saw menceritakan hal akhir zaman ini.
Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan. Betul tak ? Benar kata Rasulullah saw .
Pada akhir zaman nanti ada padang pasir yang akan disuburkan dan tanam dengan tanaman. Benar atau tidak ? Benar kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanaman.
Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah saw ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.
Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad ( Euprathes ) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak ( harta di Sungai Furad ) . Percayalah seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq , Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan , Syria , Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zeonis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euprates.
Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq ( Amerika dan Eropah ) dan kamu akan berperang di Dabiq ( satu kawasan dekat Damshik ) . Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan besar- ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar ( Amerika , Eropah , Israel ). Ini peperangan yang besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah saw mengenai hal ini. Satu pertiga Umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga akan musnah, satu pertiga lagi menang!
Sebahagian umat Islam akan bangun berperang, mereka tidak
takut mati. Mereka semuanya hancur.Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari ke-empat, bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur, hanya sedikit yang mengecapi kemenangan.Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya " Kamu akan menghancurkan Yahudi sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.
Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..
Posted by ain musrah 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
Ya Rasulullah saw....
Tangisan Rasulullah menggegarkan
Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
'Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!'
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!' Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: 'Ya Karim! Ya
Karim!' Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya'Ya Karim! Ya Karim!' Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:
'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.'
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum, lalu bertanya: 'Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?' 'Belum,'
jawab orang itu. 'Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?'
'Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya,' kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!' Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
'Tuan ini Nabi Muhammad?!' 'Ya' jawab Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Melihat hal itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
'Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.'
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit diaberkata: 'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: 'Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!' Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
'Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!'
kata orang Arab badwi itu. 'Apakah yang akan engkau perhitungkan denganTuhan?' Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, 'jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
'Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga 'Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!' Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. '
Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... '
Posted by ain musrah 0 comments
Tuesday, November 23, 2010
Tangani Stress Secara Islam.....
Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'
Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.
Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.
Posted by ain musrah 0 comments
Wednesday, November 10, 2010
insan yg bergelar ibu...
Panggillah dengan apa pun gelaran...mama, ibu,mak,ummi...dan sebagainya...
tanpa dia siapa la kita di dunia ini...untuk diriku sendiri aku memanggil beliau ummi..
ummi...kehadiranmu menyinari seluruh keluarga ...kehilanganmu terasa kosong dan gelap dunia...
ummi...terlalu banyak dosa yg aku lakukan..x kira luaran atau dalaman...ummi tetap memaafkan aku..krn aku anak ummi...
sedarkah aku tentang pengorbanan mu..ummi...aku tahu ummi penat melayan kerenah kami 7 beradik...tapi jiwamu tetap sabar dan teguh...
ummi...aku x tahu apakah rahsiamu tentang betapa tingginya sabarmu mengatasi sabarku sendiri...ingin aku menjadi anak yang solehah...mudah-mudahan..insyaallah..
cerita yang ingin aku sampaikan adalah..semasa aku ditingkatan 6..aku telah menghadiri satu kem pengawas...banyak yang aku belajar dari situ..
yang paling aku tidak dapat lupakan adalah..semasa ceramah yang bertajuk Sayangi Ibu Bapa...
Pada malam itu..semua ceria , gelak2,namun apabila semua lampu dipadamkan..bermulalah ceramah itu..seiring lagu berkaitan ibu bapa...hatiku mula sebak dan menangis kerana tatkala ustaz meminta kami membayangkan kain kapan untuk ibu bapa kami...kami tersentak...dan menangis...
Selesai ceramah itu...ustaz meminta kami yang masih mempunyai ibu bapa cepat2 la memohon ampun dan maaf kpd org tua masing2...
hati aku tergerak untuk melakukannye...
petang di kem kami mula berkemas dan berangkat pulang...
Ya Allah.., hati ku berasa x sabar2 nak mengucup dahi dan mencium pipi ummiku yg kian dimamah usia...dan bermacam2 lagi yang bermain dikotak fikiranku...
sebaik sahaja kaki mencecah bumi...terus aku berjalan dengan tergesa2...mencari dimana ummiku yg aku kasihi itu...
langkahku kemas tapi pada masa yg sama hati aku berdegup kencang...
sampai dimuka pintu...aku terus berlari mendapatkan ummi..yg ketika itu baru shj ummi selesai solat asar kalau x silap...
selesai ummi berdoa..terus aku mengucup tangan beliau...sambil meminta ampun dan maaf atas segala dosa yg aku lakukan...bergenang air mata ku...aku menangis...ummi pun turut sebak dan sedih..
ummi memaafkan segala kesalahan ku...
Ya Allah kiranya dpt aku membalas segala jasa dan pengorbanan ummiku...akan ku gadaikan segalanya...hatta nyawaku dicabut...
itu lah pengalaman yg x boleh aku lupakan...
bg kamu yg masih ada ibu bapa cepat2 la memohon ampun dan maaf..
jika terlambat...menyesal kamu seumur hidup...
alhamdulillah...cerita ini bertujuan untuk anak2 yg masih lg belum insaf...oleh itu marilah kita bersama2 mencari kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...yg buruk dari sy sendiri..yg baik dari ALLAH SWT...AMIN....
Posted by ain musrah 0 comments
Tuesday, November 09, 2010
Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Posted by ain musrah 0 comments
Friday, October 29, 2010
Puisi untuk Ukhti Tersayang
alhamdulillah..syukri fillah..
Love,
Dear Ukhti………
apa khabar imanmu hari ini?
semoga selalu menampakkah kemajuan di sisi Allah S.W.T..
apa khabar hatimu hari ini?
semoga selalu bersih dari debu juga kelabu...
apa khabar cintamu hari ini?
semoga selalu berpeluh rindu pada-Nya…
Ukhti..
sungguh indah hidup setelah menikah..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani..
tawa tangis pun bersama..
Ukhti..
menikah adalah setengah dien..
dan ia menggenapkan dien menjadi satu…
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…
apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..
seakan membuka mata kanan..
yang sebelumnya belum pernah dibuka..
begitu luas, begitu indah..
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"
Ukhti..
menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..
pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian
berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka…"
Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..
Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..
nantilah dengan sabar…
sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..
ataupun tidak berharap..
dan mintalah pada-Nya..
pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..
Ukhti..yang sedang menjelang akad..
berdoalah selalu pada-Nya..
penentu segalaNya…
mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
Ukhti..yang telah menikah..
jagalah nikmat-Nya yang besar ini..
hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..
tiada yang lain…
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..
Ukhti..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku juga..
tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah..
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurut-Nya..
dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..
kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…
Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..
indah puisi diukir jari..
ni'mat yang agung dari Ilahi..
berputik cinta tersemai di hati..
mengharapkan keredhaan dari Ilahi..
tiada "isteri" sebelum pernikahan..
mengikat nafsu dengan amaran...
begitulah nilai satu pengorbanan..
untuk mendapat Isteri diimpikan..
andai bercinta sebelum nikah..
maka dirimu memilih kesusahan..
jangan marah pada Allah..
andai pernikahan tidak aman..
Isteri solehah suami solehah..
kehidupan bahagia janji Ilahi..
begitulah janji keadilan Allah..
andai kembali pada ilahi..
amin ya rabbi...wallahua'lam..
Posted by ain musrah 0 comments
Wednesday, October 27, 2010
MuTiaRa KaTa IsLaM
"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)
"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)
"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)
Posted by ain musrah 0 comments